Ahad, 31 Mac 2013

Stadium Bukit Merbau

Syukur, semalam di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh telah berlangsung majlis pecah tanah asas kearah pembinaan sebuah stadium. Ia telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dengan dsaksikan rakyat Kelantan.

Berbagai reaksi dari berbagai pihak tentang sebuah usaha bercita tinggi Kerajaan Negeri Kelantan.  Maka bertembunglah dengan pihak yang juga bercita-cita tinggi ia itu pihak Kerajaan Pusat yang dikemudikan UBN dan pihak pengurusan pasukan bola Red Wariors [ RW ] pimpinan Tan Sri Anuar Musa. 

Tidak perlu rasanya dinyatakan apakah pandangan pihak  yang iri hari terhadap kerja buat Kerajaan Negeri ini.

Saya berpandangan, yang patut di ambil perhatian ialah persoalan kenapa mereka mengambil perhatian terhadap kerja baik pihak orang lain yang mereka tidak mahu bekerjasama ini.

Jika mereka mahu bekerjasama dengan sebenarnya dengan rakyat Kelantan umumnya dan penyokong RW khususnya maka sepatutnya pihak Kerajaan UBN telah membina sendiri sebuah stadium yang besar dan canggih. 

Kini,  bila pihak yang dipandang rendah sanggup mengatur rancangan sebesar ini  timbul iri hati dan berpandang serong merendah-rendah kerja orang lain. 

Kenapa tak buat sendiri ?  Bukankah Kerajaan UBN ada kuasa dan kewangan yang kukuh  jika mahu membinanya.

Keadaan ini sama dengan  usaha Kerajaan Negeri Kelantan mahu membina lebuh raya apa yang dinamakan Lebu Raya Rakyat.  Memang Kerajaan Negeri Kelantan  tidak mempunyai dana yang banyak untuk menjalankan projek besar ini. 


Bila pihak yang dikatakan "termiskin diMalaysia" ingin melaksanakan sesuatu mereka merendah-rendah.  Persoalannya kenapa pihak yang dikatakan ada modal yang banyak tidak melaksanakannnya.

Bukankah jika kesemua projek ini dibuat kini telah mendapat hasilnya ? Apa hasilnya ? Tentulah sokongan dari rakyat yang diharapkan untuk pilihan raya 13 ini !

Kerajaan Negeri Kelantan membina negerinya sekadar kemampuan. Royalti hasil milik rakyat Kelantan tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.  Kerajaan Pusat yang mengawal wang royalti tidak membina stadium dan lebuh raya  hasil dari wang itu.  Kerajaan Pusat buat apa dengan dana tersebut ? 

Jambatan Kedua Sultah Yahya Petra yang diletak batu asas di zaman Pak Lah nampaknya buat kerja semacam orang tak ada modal !  

Ya, saya telah "berJIHAD" dengan tinta saya. 

Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan