Salam....
Tajuk diatas [ Binatangkan Rakyat 1-Malaysia ] adalah kata-kata akhir dari kolum MAN SANA IN CORPORESANO tulisan Pak Subky Latif dalam Harakah keluaran 29 - 31 Mac, Jumaat hari ini. Saya meneliti setiap patah perkataan dan maksud apa yang ingin disampaikan Pak Subky sekadar kemampuan saya.
Bagi saya, tulisannya kali ini amat terkesan kehati saya selaku orang yang baru belajar mencacat sesuatu dari apa yang ada dalam kepala saya ini. Disini saya akan catatkan kembali apa yang saya kira patut untuk dijadikan renungan bersama. Paling tidak saya dapat merekodkan di "tinta jihad" ini untuk rujukan saya.
Saya bersetuju pandangan Pak Subky dalam tulisannya itu. Saya mengadili hati saya. Saya memangnya menjadi ahli PAS. Tapi saya cuba berfkir secara rasional setiap pandangan pimpinan atau penulis pro PAS kerana saya ada wawasan dan idea sendiri. Lagi pun saya tidak mahu menjadi seorang yang menerima membuta tuli, menerima apa saja tanpa kajian dan fikiran.
Sedikit saja, Pak Subky mengatakan, "Jika BR1M ini satu skim kebajikan kerajaan, maka mengapa ia tidak diagihkan melalui agensi kerajaan ? " Tambah saya, jika benar-benar ia satu skim kebajikan, perintahkan saja rakyat buka akaun di MayBank atau Bank Simpanan Nasional untuk Kementerian Kebajikan salurkan dengan jumlah yang dikehendaki [ RM 50 atau RM 100 atau ... ] atau berapa yang diputuskan kerajaan setiap bulan. Bank pun dapat manfaat, kerajaan dapat manfaat dan rakyat 1 Malaysia dapat manfaat. Bukan manfaat hanya nak halakan kepada parti cap keris tumpul itu.
Sekiranya UBN kekal memerintah selepas PRU 13, maka inilah yang sepatutnya yang berlaku. Bukan hanya BR1M dibahagi diambang pilihan raya semata !. Jika tidak Pakatan Rakyat akan buat demikan ! Lihat janji Pakatan Rakyat dalam menifestonya. Rakyat 1 Malaysia mungkin termenung panjang.
Jika UBN tidak berbuat demikian maka sahlah ini duit rasuah politik. Maka BR1M akan muncul pada genap masa lima tahun lagi, diambang pilihan raya 14 pada 2018 nanti.
Jika tidak, maka benar apa yang dikatakan Pak Subky bahawa, "Rasuah politik sudah jadi darah daging UMNO dan BN. UBN hendaklah berhati-hati jangan sampai orang 1 -Malaysia kata pemimpin UBN itu "Baka Rasuah 1-Malaysia"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan