Rabu, 27 Mac 2013

Dengan Nama Allah "Jihad Tinta"

Salam......

Dengan Nama Allah SWT,  "Jihad Tinta" memulakan jihad bahasanya untuk merealisasikan suatu makna al-Jihad  sekadar kemampuan. Dengan hanya bertinta saya mahu berperanan untuk  melaksanakan tuntutan matlamat sebagaimana yang ditetapkan Allah SWT dimana penyebaran agamanya perlu digarapkan dari masa kesemasa. 

Syukur al-Hamdulillah, tanpa bantuan ilham, taufiq dan hidayahNya saya tidak akan dapat bersama anda untuk mengisi ruangan bagi menyusuri jalan untuk mendapat pahala dan mencari keredhaanNya. Amin.

Selawat dan salam kehadrat Rasulullah SAW serta para ahli bait dan sahabat baginda tercinta. Sesungguhnya tanpa jihad dan pengorbanan generasi pertama kita tidak dapat hidup selamat sejahtera dengan Iman dan Islam sebagaimana yang kita kecapi dan rasai didetik ini.

Ya, saya menyederhanakan tema blog 'Jihad Tinta"  dengan rendah diri  " ....sekadar kemampuan.....". Ya, sekadar yang termampu tetapi diharap terlaksanalah  perintahNya supaya sentiasa  "menyeru kepada jalan Tuhan kamu "  dengan teknik melalui  keistimewaan IT yang  boleh memungkinkan kepada teknik "berhikmah" di dunia moden, global tanpa sempadan hari ini.   

InsyaAllah, saya tidak ketinggalan dalam dunia al-Jihad da ad-Dakwah kerana jihad dan dakwah adalah tema yang sentiasa segar tidak mati.  Juga, dengan segala rasa syukur, saya adukan kepada Allah SWT bahawa sedikit sumbangan ini amat besar disisi saya yang tiada apa-apa ini berbanding dengan saudara-saudara kita yang lengkap mampu tetapi dengan sengaja tidak mahu menggerakkan tinta mereka atas nama al-Jihad.

Jihad Tinta adalah khusus untuk islah diri sendiri. Paling tidak, selain diri sendiri adalah untuk 'down line' peribadi saya yang akan menyambung kebaikan yang saya tinggalkan dan memohon ampun untuk saya yang mengharapkan keampunanNya sentiasa.

Dunia IT adalah dunia "jihad tinta". Maka rugilah jika kita tidak memanfaatka anugerah Allah SWT ini. Bertintalah sekadar kemampuan Iman dan Islam serta Ihsan yang mengalir didada.

Kita semua mengharapkan redha dan wajahNya.

Sekian.

Dari:
Saudara Mu Se Agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan