Ahad, 31 Mac 2013

Stadium Bukit Merbau

Syukur, semalam di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh telah berlangsung majlis pecah tanah asas kearah pembinaan sebuah stadium. Ia telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dengan dsaksikan rakyat Kelantan.

Berbagai reaksi dari berbagai pihak tentang sebuah usaha bercita tinggi Kerajaan Negeri Kelantan.  Maka bertembunglah dengan pihak yang juga bercita-cita tinggi ia itu pihak Kerajaan Pusat yang dikemudikan UBN dan pihak pengurusan pasukan bola Red Wariors [ RW ] pimpinan Tan Sri Anuar Musa. 

Tidak perlu rasanya dinyatakan apakah pandangan pihak  yang iri hari terhadap kerja buat Kerajaan Negeri ini.

Saya berpandangan, yang patut di ambil perhatian ialah persoalan kenapa mereka mengambil perhatian terhadap kerja baik pihak orang lain yang mereka tidak mahu bekerjasama ini.

Jika mereka mahu bekerjasama dengan sebenarnya dengan rakyat Kelantan umumnya dan penyokong RW khususnya maka sepatutnya pihak Kerajaan UBN telah membina sendiri sebuah stadium yang besar dan canggih. 

Kini,  bila pihak yang dipandang rendah sanggup mengatur rancangan sebesar ini  timbul iri hati dan berpandang serong merendah-rendah kerja orang lain. 

Kenapa tak buat sendiri ?  Bukankah Kerajaan UBN ada kuasa dan kewangan yang kukuh  jika mahu membinanya.

Keadaan ini sama dengan  usaha Kerajaan Negeri Kelantan mahu membina lebuh raya apa yang dinamakan Lebu Raya Rakyat.  Memang Kerajaan Negeri Kelantan  tidak mempunyai dana yang banyak untuk menjalankan projek besar ini. 


Bila pihak yang dikatakan "termiskin diMalaysia" ingin melaksanakan sesuatu mereka merendah-rendah.  Persoalannya kenapa pihak yang dikatakan ada modal yang banyak tidak melaksanakannnya.

Bukankah jika kesemua projek ini dibuat kini telah mendapat hasilnya ? Apa hasilnya ? Tentulah sokongan dari rakyat yang diharapkan untuk pilihan raya 13 ini !

Kerajaan Negeri Kelantan membina negerinya sekadar kemampuan. Royalti hasil milik rakyat Kelantan tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.  Kerajaan Pusat yang mengawal wang royalti tidak membina stadium dan lebuh raya  hasil dari wang itu.  Kerajaan Pusat buat apa dengan dana tersebut ? 

Jambatan Kedua Sultah Yahya Petra yang diletak batu asas di zaman Pak Lah nampaknya buat kerja semacam orang tak ada modal !  

Ya, saya telah "berJIHAD" dengan tinta saya. 

Wallahu a'lam

Khamis, 28 Mac 2013

"Binatangkan Rakyat 1-Malaysia"

Salam....

Tajuk diatas [ Binatangkan Rakyat 1-Malaysia ] adalah kata-kata akhir dari kolum MAN SANA IN CORPORESANO tulisan Pak Subky Latif dalam Harakah keluaran 29 - 31 Mac, Jumaat hari ini.  Saya meneliti setiap patah perkataan dan maksud apa yang ingin disampaikan Pak Subky sekadar kemampuan saya.

Bagi saya, tulisannya kali ini amat terkesan kehati saya selaku orang yang baru belajar mencacat sesuatu dari apa yang ada dalam kepala saya ini.  Disini saya akan catatkan kembali apa yang saya kira patut untuk dijadikan renungan bersama. Paling tidak saya dapat merekodkan di "tinta jihad" ini untuk rujukan saya.

Saya bersetuju pandangan Pak Subky dalam tulisannya itu.  Saya mengadili hati saya.  Saya memangnya menjadi ahli PAS. Tapi saya cuba berfkir secara rasional  setiap pandangan pimpinan atau penulis pro PAS kerana saya ada wawasan dan idea sendiri. Lagi pun saya tidak mahu menjadi seorang yang menerima membuta tuli, menerima apa saja tanpa kajian dan fikiran.

Sedikit saja, Pak Subky mengatakan, "Jika BR1M ini satu skim kebajikan kerajaan, maka mengapa ia tidak diagihkan melalui agensi kerajaan ? "  Tambah saya, jika benar-benar ia satu skim kebajikan, perintahkan saja rakyat buka akaun di MayBank atau Bank Simpanan Nasional untuk Kementerian Kebajikan salurkan dengan jumlah yang dikehendaki [ RM 50 atau RM 100 atau ... ] atau berapa yang diputuskan kerajaan setiap bulan.  Bank pun dapat manfaat, kerajaan dapat manfaat dan rakyat 1 Malaysia dapat manfaat. Bukan manfaat hanya nak halakan kepada parti cap keris tumpul itu.

Sekiranya UBN kekal memerintah selepas PRU 13, maka inilah yang sepatutnya yang berlaku. Bukan hanya BR1M dibahagi diambang pilihan raya semata !.  Jika tidak Pakatan Rakyat akan buat demikan !  Lihat janji Pakatan Rakyat dalam menifestonya. Rakyat 1 Malaysia mungkin termenung panjang.  

Jika UBN tidak berbuat demikian maka sahlah ini duit rasuah politik.    Maka BR1M akan muncul pada genap masa lima tahun lagi, diambang pilihan raya 14 pada 2018 nanti.

Jika tidak, maka benar apa yang dikatakan Pak Subky bahawa, "Rasuah politik sudah jadi darah daging  UMNO dan BN.  UBN hendaklah berhati-hati jangan sampai orang 1 -Malaysia kata pemimpin UBN itu "Baka Rasuah 1-Malaysia

Rabu, 27 Mac 2013

Dengan Nama Allah "Jihad Tinta"

Salam......

Dengan Nama Allah SWT,  "Jihad Tinta" memulakan jihad bahasanya untuk merealisasikan suatu makna al-Jihad  sekadar kemampuan. Dengan hanya bertinta saya mahu berperanan untuk  melaksanakan tuntutan matlamat sebagaimana yang ditetapkan Allah SWT dimana penyebaran agamanya perlu digarapkan dari masa kesemasa. 

Syukur al-Hamdulillah, tanpa bantuan ilham, taufiq dan hidayahNya saya tidak akan dapat bersama anda untuk mengisi ruangan bagi menyusuri jalan untuk mendapat pahala dan mencari keredhaanNya. Amin.

Selawat dan salam kehadrat Rasulullah SAW serta para ahli bait dan sahabat baginda tercinta. Sesungguhnya tanpa jihad dan pengorbanan generasi pertama kita tidak dapat hidup selamat sejahtera dengan Iman dan Islam sebagaimana yang kita kecapi dan rasai didetik ini.

Ya, saya menyederhanakan tema blog 'Jihad Tinta"  dengan rendah diri  " ....sekadar kemampuan.....". Ya, sekadar yang termampu tetapi diharap terlaksanalah  perintahNya supaya sentiasa  "menyeru kepada jalan Tuhan kamu "  dengan teknik melalui  keistimewaan IT yang  boleh memungkinkan kepada teknik "berhikmah" di dunia moden, global tanpa sempadan hari ini.   

InsyaAllah, saya tidak ketinggalan dalam dunia al-Jihad da ad-Dakwah kerana jihad dan dakwah adalah tema yang sentiasa segar tidak mati.  Juga, dengan segala rasa syukur, saya adukan kepada Allah SWT bahawa sedikit sumbangan ini amat besar disisi saya yang tiada apa-apa ini berbanding dengan saudara-saudara kita yang lengkap mampu tetapi dengan sengaja tidak mahu menggerakkan tinta mereka atas nama al-Jihad.

Jihad Tinta adalah khusus untuk islah diri sendiri. Paling tidak, selain diri sendiri adalah untuk 'down line' peribadi saya yang akan menyambung kebaikan yang saya tinggalkan dan memohon ampun untuk saya yang mengharapkan keampunanNya sentiasa.

Dunia IT adalah dunia "jihad tinta". Maka rugilah jika kita tidak memanfaatka anugerah Allah SWT ini. Bertintalah sekadar kemampuan Iman dan Islam serta Ihsan yang mengalir didada.

Kita semua mengharapkan redha dan wajahNya.

Sekian.

Dari:
Saudara Mu Se Agama